Wednesday, December 17, 2014

day 3 : atkins fasa 3

hurm semalam kan... mmg dah tak sedap hati dok meng key in makanan yg aku makan.. nilai kalori tak sebanyak kelmarin tapi... carb sangat la tinggi... hasilnya pagi ni aku timbang berat naik 1 kg.. actually setakat 1-3 kg turun tu aku mmg tak heran sebab berat aku mmg akan yo yo naik turun dalam 1-3 kg.. kalau turun 4 kg ke atas baru la aku boleh nak excited ke apa... tp hakikatnya aku dah boleh monitor dah apa aku makan... dan sekurang2nya aku dah tau yang kalau makan carb banyak kemungkinan besar berat aku akan naik mencanak2...

sebenarnya semalam.. aku mmg seriously asyik rasa lapar.. tp bila makanan masuk mulut.. aku rasa perut penuh sangat.. mungkin aku ketagih carb.. tu yg jd cam tu.. mmg naik la berat sebab makan even dah kenyang sebenarnya.. so hari ni aku kena start planning my meals... melihatkan keadaan yg sentiasa craving tu.. aku bercadang nak buat 5 meal kecil sepanjang hari.. jadi aku akan makan pada jam: 8 pg, 11 pg, 2 ptg, 5 ptg, 8 malam..

so jap lagi nak menggoogle makanan yg mudah disediakan dan tak banyak carb.. sejujurnya aku wat keputusan nak buat atkins ni dlm masa sehari je... so mmg aku tgh belajar.. belajar dari kesilapan.. dan keep track ngan group KDA malaysia. hurm.. actually masuk gak group KDA for bf mom tu.. tp senyap je kat sana.. may be diorg lebih kpd group whatsapp... aku ni whatsapp mmg bengong.. malas nak layankan sangat..

dan.. aku nak planning jugak excersice yang aku kena buat sepanjang minggu.. bila dah ada plan aku rasa diet aku lebih teratur dan kebarangkalian nak cheat carb banyak sangat tu boleh kita reduce la kot ye...


No comments:

Post a Comment